Mitsubishi Triton Satu Ini Berubah Makin Galak

0
119
mitsubishi triton, mitsubishi triton l200, triton l200, triton

Series Film Fast & Furious memang gempak, bermula dari kehidupan jalanan pelumba underground sampailah bekerjasama dengan FBI. Bermula dari musuh sehingga boleh lepak makan bersama.

Selain daripada tayangan di panggung wayang, terdapat juga Series jelajah Fast & Furious Live dengan aksi secara langsung yang dianjurkan di dalam venue tertutup serata Eropah.

Apa yang mengujakan ialah aksi dan kereta yang digunakan diambil dari Series Film F&F sendiri. Ada Nissan Skyline, Toyota Supra dan terbaru sekali Mitsubishi L200 atau Triton.

Mitsubishi L200 ini dibuat khas oleh Mitsubishi Motors di UK dan semestinya mengikut tema ekstrem F&F. Mitsubishi menggunakan edisi istimewa L200 SVP II sebagai asas dengan tema warna biru dan perincian jingga.

Kit badan mestilah gempak di mana Mitsubishi telah memotong panel badan pada keempat-empat roda dan menggantikannya dengan besi berongga.

Modifikasi yang dilakukan diteruskan pada bahagian enjin 2.4 liter diesel turbo. Turbo standard ditukar kepada jenama Garrett dan ekzos yang ditarik ke tepi. Manifold ekzos juga ditukar kepada jenis buatan sendiri.

Intercooler turut ditukar kepada saiz lebih besar dan ECU telah dipeta semula bagi menyesuaikan dengan saiz turbo baharu dan saliran ekzos yang lebih lawas.

Pada bahagian dalaman pula, Mitsubishi menggunakan kerusi bucket gentian kaca Corbeau dan tali pinggang keledar perlumbaan empat poin jenama Luke.

Ini agaknya L200 paling ekstrem di dunia. Memang ganas sungguh dan kena dengan tema F&F.

Peminat sejati F&F pasti mengingati dua lagi model Mitsubishi yang turut ‘berlakon’ dalam Film ini, iya Eclipse dan Evolution pun turut digunakan dalam F&F live.

Jadinya ada tiga model yaitu Mitsubishi Evo, Eclipse dan pikap L200.

Peminat hardcore mungkin boleh meniru Evo, tetapi untuk L200 ini nampak seperti sukar, iya lah sebab fender dan panel kargo kena potong dan kemudian ada besi pula melingkar atas badan pikap.

Setakat tukar set depan Triton kepada Pajero Sport apalah sangat jika dibandingkan dengan yang ini.

Ada tidak yang berani membuat replika Mitsubishi L200 F&F?

Memang janggal jika ada yang memandu L200 ini di atas jalan raya. Boleh jadi, orang tengok pun pelik dan jika tidak menarik perhatian, bukanlah F&F namanya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here